Tuesday, May 31

Men fashion for Raya


Tak dinafikan, zaman sekarang ni kaum lelaki dah makin hebat bergaya sama mcm kaum wanita. kalau dulu-dulu baju raya pun rotate yang tahun sebelum je (yes, im talking about you) haha tapi sekarang sekurang-kurangnya kaum lelaki akan membeli sepasang persalinan baju raya untuk dipakai ketika pagi Syawal. hehehe. Nothing wrong with that, siapa tak suka nak bergaya kan? Asalkan sopan dan "kena" dengan tema dan ciri-ciri kemelayuan (same goes with women) bergaya je lah kan? :D

 Oleh itu, untuk entri kali ini, jom kita lihat apakah fesyen pilihan lelaki atau men fashion ideas yang menjadi favourite ramai lelaki di Malaysia;


 
Baju Melayu Teluk Belanga

Pilihan pertama ramai lelaki pastinya koleksi baju Melayu yang mana kita semua tahu terdapat dua jenis baju Melayu yang boleh digayakan ketika sambutan perayaan. Baju Melayu Teluk Belanga yang cukup popular di Johor ini mempunyai rekaan leher tanpa cekak dan menyerupai rekaan leher koleksi baju kurung.

Baju Melayu Cekak Musang

Pilihan kedua yang merupakan jenis pakaian wajib dipakai ketika Hari Raya adalah koleksi Baju Melayu Cekak Musang yang mempunyai rekaan leher bercekak. Jenis baju Melayu ini biasanya lebih popular di negeri-negeri lain selain Johor.

Kurta

Untuk keluar daripada kebiasaan dengan gaya yang unik pula, lelaki juga boleh memilih untuk memakai koleksi kurta yang selesa ini dan digandingkan dengan koleksi seluar slacks atau seluar jeans.

Jubah

Atau boleh juga bergaya dengan koleksi jubah lelaki yang kini tersedia dalam aneka potongan yang moden dalam pilihan warna menarik. 

Jadi, tepuk dada tanya selera. yang mana yang jadi pilihan untuk baju raya tahun ni? buatlah keputusan dengan berhemah dan mengikut bajet masing-masing ok? :)

*entry kali ni ditaja oleh zalora.com.my

4 comments:

budoxe lee said...

Ahahaha cmna tau ni. Kantoi dh la recycle je baju taun lepas.
Ooo kurta nama dia. Biasa panggil jubah 3 suku ja.
Wooo ditaja tu.nice entry.

plain83 said...

Style melayu, india dan arob... hmmm, style planet namek takde? hawhawhaw...

Last year gua ada terserempak dengan mamat mana ntah pakai baju jubah warna putih kain jarang, masa tu gua singgah 7e jap lepas beraya rumah mak sedara... aiyoyoyo... disaster wei, dah la dia pi berdiri kat tengah2 pintu kat kedai 7e tu, free show sudah... lel

cEro said...

Ticer,
pada pendapat saya, baju raya lelaki sekarang memang bergaya habis.
Tapi fesyen dan design dia macam sesuai utk orang-orang berbadan tertentu je, mostly yang berbadan ideal. Kalau kurus sikit, atau besar sikit, dah nampak tak kena dah.

Jadi, fesyen klasik yang biasa juga adalah yang terbaik sebab sesuai untuk semua orang tak kira jenis badan atau kulit.

Sekian komen panjang lebor saya, BANGUN...
*bangun dari kerusi*
TERIMA KASIH TICER!

shada wentz said...

plain: wuyooo! hahaha kedai 7e mana tuu? nnti nak pergi jugak kot2 boleh terjumpak dia lagi hahahahahaha T_T :poop:

cero: hmm bagus karangan awak. ticer bagi 85markah. A plus ><